![Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/Bayi18bulanterkuncisejamdalamkereta/xpix_gal0.pagespeed.ic.PiKophUCCF.webp)
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Marisa Mohd Hashim berada di tempat duduk bahagian depan kereta, sebelum tibatiba semua pintu kereta terkunci ketika ibunya memasukkan barangan dibeli, ke dalam kereta.
Zaleha Mohd Zahid, 47 berkata,kejadian itu dipercayai berpunca daripada Marisa yang bermain kunci automatik kenderaan itu menyebabkan pintu kereta terkunci. Beliau kemudian cuba membuka pintu tetapi gagal dan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih untuk membuka pintu.
Tebuk cermin sisi
“Alhamdulillah, syukur anak kecil saya dapat diselamatkan selepas hampir satu setengah jam terperangkap dalam kereta.
“Hanya Allah yang tahu berdebarnya hati saya memikirkan keselamatan dan keadaannya sepanjang terperangkap itu,” katanya.
0 Response to "Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta"
Post a Comment