Nik Aziz dibawa pulang, Meninggal Dunia






Kota Bharu: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas dirawat di hospital itu, semalam.
Difahamkan, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.
Kedengaran juga bacaan Yasin dari dalam rumah Musyidul Am PAS itu, selain pekarangan rumah mula dipenuhi orang ramai dan wartawan.
Terdahulu, anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.

[TERKINI] Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu. Berita lanjut menyusul.

Diperkarang rumah TG Nik Aziz sekarang mulai ramai membanjiri!







0 Response to "Nik Aziz dibawa pulang, Meninggal Dunia"

Post a Comment