Innalillahiwainna ilaihiroojiu'un...
Takziah kepada semua keluarga mangsa, warga Air Asia dan dunia amnya. Sejak kelmarin, pelbagai OBJEK seperti gelongsor kecemasan, jaket keselamatan dan serpihan pintu pesawat dikesan di perairan Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di dalam kawasan pencarian QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang.
Berita perdana sebentar tadi melapurkan pertambahan penemuan pelampung, beg penumpang dan tidak kurang dari 10 jenazah mulai timbul dan terapung di permukaan laut.
3 dari jenazah yang timbul diberitakan telah berjaya diselamatkan, namun identitinya masih dirahsiakan. Ramai ahli keluarga yang dikatakan berada di lokasi penantian dan dapat melihat jenazah mangsa dikatakan tidak dapat menahan kesedihan. Raungan dan tangisan seperti tidak dapat ditahan-tahan sehingga ada yang dikatakan pengsan dan terpaksa menerima rawatan kecemasan.
Tahniah dan setinggi tinggi penghargaan kita ucapkan kepada semua yang menyertai misi mencari dan menyelamat serta berjaya dengan penemuan ini. Tidak kiralah samada melalui kapal laut mahupun udara. Sekurang-kurangnya kita tidak terus menerus tertanya-tanya apa gerangan yang berlaku terhadap kaum keluarga yang menjadi mangsa sepertimana MH370.
Takziah kita ucapkan kepada keluarga mangsa khususnya. Semuga mangsa yang terkorban diampuni dosanya dan diterima amalnya dan bersemadi mereka dengan aman. Kita menyeru dan berdoa agar keluarga dan kaum kerabat mangsa tabah serta redha menerima berita sedih ini.
Kita masih memanjangkan doa dan salam takziah kepada seluruh keluarga dan kaum kerabat mangsa MH370 yang masih tidak diketahui hujung pangkalnya hingga kini. Tunjukkanlah ya Allah... di manakah MH370? Apakah nasib penumpang dan anak kapal itu?
Takziah khusus dari,
WARGA PRIHATIN.
0 Response to "AIR ASIA QA8501 SAH TERHEMPAS"
Post a Comment