Marshanda buka tudung selepas bercerai






28 Jul – Penyanyi dan pelakon terkenal dari negara seberang Indonesia, Marshanda, mengejutkan peminatnya apabila dia membuat keputusan untuk tidak bertudung selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lepas.
Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, tindakan tersebut dilakukan oleh Marsha kerana dikatakan tidak selesa dengan penampilannya sejak empat tahun lalu serta ingin rasa bebas selepas bercerai.
Malah menerusi satu entri di laman sosial Instagram, wanita berusia 24 tahun ini turut menjelaskan dia tidak peduli tentang pandangan orang tentang keputusannya.
"Saya tidak perlukan perhatian daripada anda kerana saya tidak peduli dengan apa yang anda ingin katakan mengenai keputusan saya. Kebahagiaan saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," ujarnya.
Marshanda juga menafikan apa yang dilakukannya itu berkaitan dengan bekas suaminya dan menjelaskan ia perkara peribadi yang sudah lama dipertimbangkannya.
Keputusan Marshanda telah menerima pelbagai reaksi daripada peminatnya. Ada yang mengkritik dan ada juga yang mempertahankan tindakannya itu yang menganggap ia adalah pilihannya sendiri.
Ben Kasyafani yang ditemui turut enggan memberi komen mengenai perkara tersebut, tetapi tidak terkejut dengan tindakan bekas isterinya.
Pasangan ini telah berkahwin pada 2 April 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sienna Ameerah Kasyafani pada 22 Januari 2013.






0 Response to "Marshanda buka tudung selepas bercerai"

Post a Comment