Kelindan maut, pemandu parah kemalangan





Kelindan maut, pemandu parah kemalangan

GOPENG - Seorang kelindan lori maut tersepit manakala pemandunya cedera parah selepas treler yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung di KM299, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Utara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam, kelindan lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

"Pihak bomba dan polis berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas," katanya.

Operasi mengeluarkan mangsa menghadapi kesukaran apabila memerlukan kren bagi mengangkat treler seberat 20 tan itu.

Difahamkan, pemandu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan kecemasan.
 





0 Response to "Kelindan maut, pemandu parah kemalangan"

Post a Comment